fbpx

Penjual besi buruk lari tinggal motosikal elak ditahan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang diperiksa anggota JPJ dalam operasi itu di sekitar Kapar, Klang.

KLANG – Panik menyebabkan seorang penjual besi buruk warga Indonesia nekad melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya sewaktu Op Pemandu Warga Asing (Pewa) di sekitar Kapar di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan lelaki berusia 30-an itu gagal apabila berjaya ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi operasi yang dijalankan bermula pukul 9 pagi yang memfokuskan pemeriksaan terhadap semua jenis kenderaan dipandu atau ditunggang warga asing.

“Sewaktu pemeriksaan, lelaki warga asing itu cuba melarikan diri kerana tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh. Namun, usahanya sia-sia apabila dapat ditahan dan motosikalnya turut disita bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, operasi lebih tiga jam itu sehingga pukul 12.30 tengah hari ini mendapati sebanyak 65 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Tiada lesen memandu merupakan kesalahan paling tinggi iaitu 25 saman diikuti tiada LKM dan insuran (14 saman), teknikal (12 saman) dan lain-lain kesalahan. Selain itu, sebanyak 10 motosikal yang digunakan warga asing untuk melakukan kerja jual makanan dan besi buruk turut disita,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI