fbpx

Cemas dompet hilang, lelaki Rohingya didenda buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Seremban.

SEREMBAN – Seorang lelaki warga asing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat laporan palsu pada Selasa lalu.

Majistret Nurul Saqinah Rosli membuat keputusan itu selepas tertuduh, Asafuddin Abdul Nob, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret mengarahkan tertuduh dipenjara 14 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Asafuddin didakwa memberi laporan palsu kepada anggota bertugas berhubung kes ragut dan keterangan yang tidak konsisten berhubung kejadian tersebut. Kesalahan dilakukan pada pukul 7 pagi, 2 Januari lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban.

Mengikut fakta kes, warga asing itu membuat laporan palsu kerana dompetnya hilang dan dia mahu mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) baharu.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman berbentuk denda kerana dia hanya bekerja sebagai buruh binaan dengan upah RM3,000 sebulan dan menanggung ibu, bapa serta adik-beradik yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI