fbpx

Operasi kedai makan di Kota Bharu tidak lebih 10 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi kedai makan di Kota Bharu hanya dibenarkan sehingga pukul 10 malam bermula hari ini FOTO: ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Semua restoran dan kedai makan di sini hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam berkuatkuasa hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, arahan itu dikeluarkan untuk semua premis di bawah MPKB-BRI bagi mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, tindakan itu juga dijalankan berikutan Kota Bharu merupakan kawasan zon merah sudah empat hari akibat penularan wabak Covid-19.

“Keputusan ini dibuat dalam satu mesyuarat khas yang bermula hari ini hingga 6 Disember.

“Oleh itu, kita berharap semua pengusaha restoran dan kedai makan dalam kawasan MPKB-BRI hanya berniaga sehingga pukul 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tuan Zainal Abidin, pihaknya juga sudah memaklumkan arahan itu kepada semua premis di kawasan MPKB-BRI.

Katanya, pengusaha premis yang gagal mematuhi arahan akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI