fbpx

Kos bersara di Malaysia lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berjalan bersama seorang warga emas di sebuah taman di Singapura pada 29 September 2016. - AFP

AMSTERDAM, Belanda – Kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat di Belanda menyenaraikan kos yang diperlukan untuk bersara di berbilang negara di seluruh dunia, lapor portal ­be­rita MailOnline kelmarin.

Syarikat pengurusan insuran, pencen dan aset, Aegon menganalisis data kos sara hidup daripada laman Numbeo untuk mengira kos persaraan di negara berbeza.

Negara paling mahal untuk bersara ialah Singapura di mana seseorang memerlukan AS$0.9 juta (RM4.19 juta) untuk hidup selesa.

Beberapa negara paling mahal untuk bersara termasuk Switzerland, Amerika Syarikat, Luxembourg, Denmark, Emiriyah Arab Bersatu dan Kanada.

Kos bersara di Pakistan pa­ling murah di dunia iaitu sekitar AS$118,953 (RM553,000) manakala India dan Colombia pula masing-masing kurang AS$150,183 (RM699,000).

Sementara itu, kos bersara di Malaysia pula ialah AS$216,439 (RM1 juta). – AGE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI