fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

Menerusi laporan cuaca MetMalaysia, keadaan ini dijangka akan berlanjutan sehingga lewat pagi nanti.

“Bagaimanapun, hujan dan mendung di satu dua kawasan terutama bahagian perairan di Sarawak termasuk daerah Sri Aman dan Kapit yang dijangka beransur reda lewat pagi ini,” kata MetMalaysia.

Semalam, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di dua buah negeri sehingga Ahad ini.

“Hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta Pahang di Pekan dan Rompin.

“Selain itu, hujan berterusan peringkat waspada juga diramal di berlaku sekali lagi di Johor tetapi melibatkan kawasan Batu Pahat dan juga Pontian.

“Ia juga membabitkan daerah Kuantan di Pahang sehingga 7 Januari nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI