fbpx

Majikan dikehendaki tanggung kos QC, PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Syarikat-syarikat terlibat dalam saringan Covid-19 pekerja warga asing bermula esok dikehendaki menyediakan beberapa perkara, antaranya stesen kuarantin (QC) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang bersesuaian.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat juga perlu menanggung kos pengurusan QS dan PKRC, dan saraan makan minum dan penginapan pekerja.

“Jika pekerja positif ujian RTK-Ag dan tiada gejala, pekerja boleh ditempatkan di asrama pekerja yang disediakan oleh majikan dengan pengasingan dari pekerja yang negatif RTK-Ag.

“Jika keadaan asrama tidak bersesuaian, pekerja perlu ditempatkan di PKRC yang disediakan oleh pihak majikan,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Pertahanan hari ini.

Bagi pekerja yang positif ujian RTK-Ag dan mempunyai gejala ringan, pekerja hendaklah ditempatkan di PKRC yang disediakan majikan.

Jika pekerja positif ujian RTK-Ag, dan pekerja mempunyai gejala ringan – pekerja ditempatkan PKRC yang disediakan oleh pihak majikan.

Sebaliknya, mereka yang positif Covid-19 dan menunjukkan gejala yang serius akan dimasukkan ke hospital.

“Semua pesakit yang telah discaj perlu dipakaikan gelang pengawasan berwarna selain daripada warna gelang HSO bagi untuk membezakan dari pekerja yang sedang dalam kuarantin,” jelasnya.

Untuk permulaan, ujian tersebut akan menumpukan kepada kawasan-kawasan berisiko tinggi di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang dan Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI