fbpx

Liga Super: JDT sambar pemain import bernilai RM15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Jalil Elias di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri baru-baru ini.

PETALING JAYA – Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menunggu lama untuk ‘berbelanja mewah’ apabila mengesahkan kehadiran pemain import kelahiran Argentina, Jalil Elias semalam.

Pengumuman tersebut dibuat oleh skuad Harimau Selatan menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Menurut laman bola sepak terkemuka, Transfrmarket, nilai pasaran semasa Elias adalah sebanyak €3 juta (RM15.2 juta) sekali gus menjadikan pemain berusia 27 tahun itu yang termahal dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Elias yang mewakili skuad kebangsaan Syria akan mengisi kuota import Harimau Selatan selaku pemain bertaraf Asia pada musim depan.

JDT sebelum ini kehilangan tiga pemain import selepas Diogo Luis Santo mengesahkan persaraan selain melepaskan khidmat Leandro Velazquez manakala kontrak Heberty selaku pemain pinjaman juga tidak disambung.

Skuad Harimau Selatan telah mencipta sejarah menjulang kejayaan double quadruple selepas mendominasi semua trofi Liga M pada musim 2022 dan 2023 yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI