fbpx

LBS sasar jualan RM1.8 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock San (empat dari kiri) bersama pengurusan kanan LBS pada sesi taklimat media di Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Pemaju perumahan, LBS Bina Group Berhad (LBS) menjangkakan tahun 2024 yang lebih positif dengan sasaran jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion.

LBS mengakhiri tahun lalu dengan jualan hartanah RM1.701 bilion, RM300 juta lebih sedikit berbanding sasaran awalnya sebanyak RM2 bilion.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San berkata, prestasi jualan tahun lalu sedikit lari daripada jangkaan disebabkan penangguhan tiga projek utama, iaitu pangsapuri perkhidmatan Bayu Hills di Genting Highlands, Centrum Iris di Cameron Highlands dan pangsapuri servis SkyRia di Puchong.

Jelasnya, ketiga-tiga projek ini lewat mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa setelah perlu melalui syarat-syarat yang lebih ketat kerana terletak di ­kawasan tanah tinggi.

“Pada masa sama, kami optimis mampu mencapai sasaran tahun ini dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 hingga 5.5 peratus, manakala kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk merancakkan ekonomi termasuk pengecualian visa pelancong bagi warga China dan India.

“Setakat 31 Disember lalu, kami memiliki RM1.18 bilion hartanah yang tersedia untuk dijual, ditambah jangkaan pelancaran bernilai RM2.33 bilion tahun ini menjadikan nilai hartanah tersedia untuk dijual berjumlah RM3.51 bilion.

“Sekiranya kami berjaya menjual 60 peratus daripada jumlah ini, nescaya kami akan mencapai sasaran ditetapkan,” katanya dalam Taklimat Media LBS 2024 di ibu pejabatnya di sini.

Pada sesi tersebut, Hock San mengumumkan rancangan untuk melancarkan 10 buah projek baharu  di Lembah Klang, Johor dan Pahang tahun ini merang­kumi 4,858 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM2.33 bilion.

Ini berbanding pelancaran sebanyak 4,358 unit bernilai RM1.67 bilion pada 2023. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI