fbpx

Bot nelayan terbelah dua dilanggar jerung paus di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima kru bot nelayan terselamat selepas bot dinaiki terbelah selepas dilanggar jerung paus berdekatan Pulau Balar, Langkawi, malam tadi.

LANGKAWI – Lima nelayan tempatan terselamat selepas bot yang mereka naiki terbelah dua lalu karam akibat dilanggar jerung paus di perairan ini, malam tadi.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 berhubung kejadian pada pukul 7.30 malam.

Katanya, pengadu memaklumkan mendengar panggilan kecemasan daripada radio frekuensi tinggi (VHF) bot rakannya yang dikhuatiri karam berhampiran Pulau Balar, di sini.

“APMM kemudian menggerakkan Bot Kilat 6 yang diletakkan sebagai bot khas carilamat untuk mengesan bot tersebut. Kesemua kru bot telah berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang berusia lingkungan 23 hingga 58 tahun itu memaklumkan bot nelayan kelas A terbelah dua selepas dilanggar sekumpulan jerung paus yang berada di kawasan tersebut.

Tambahnya, kesemua mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI