fbpx

Lelaki ‘mati’ balik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Milagres ditemui di Mumbai selepas dua bulan dilaporkan hilang. - iStock Photo

NEW DELHI, India – Seorang lelaki berusia 59 tahun di negeri Goa mengejutkan keluarganya apabila dia ditemui masih hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, Marcos Milagres yang merupakan seorang penduduk dari kampung Agassaim dilaporkan hilang dua bulan lalu.

Inspektor Vikram Naik dari Balai Polis Agassaim berkata, keluarga Milagres telah membuat laporan polis mengenai kehilangan lelaki itu pada Oktober 2023.

Selepas itu, mayat seorang lelaki ditemui di bandar Panaji pada 7 Oktober 2023. Ia kemudian dikenal pasti sebagai mayat Milagres oleh keluarganya.

Selepas bedah siasat dijalankan di Kolej Perubatan dan Hospital Goa, mayat tersebut diserahkan kepada keluarga Milagres dan mereka kemudian mengadakan upacara pengebumian.

Bagaimanapun semalam, polis Goa menerima panggilan daripada rakan sejawat mereka di Mumbai. 

Mereka menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya Milagres dan penduduk kampung Agassaim.

Naik berkata, lelaki itu dibawa ke balai polis Agassaim di mana keluarganya kemudian mengenal pasti dia sebagai Milagres. Dia dilaporkan pergi ke Mumbai tanpa pengetahuan keluarganya.

Masih belum diketahui mayat siapa yang diserahkan kepada keluarga Milagres. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI