TOKYO – Seorang wanita bersenjatakan pisau menikam empat penumpang sebuah kereta api di Stesen Akihabara, Tokyo, semalam, lapor laman berita Wion News.
Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dilaporkan cedera, namun tidak mengancam nyawa.
Insiden berlaku pada perkhidmatan kereta api laluan Yamanote yang menghubungkan semua stesen di Tokyo.
Ia juga antara laluan paling sibuk di ibu kota Jepun itu melibatkan 30 buah stesen..
Polis Jepun berkata, seorang wanita mengacukan pisau ketika berada di dalam kereta api di laluan pengangkutan utama Tokyo.
Polis menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum pukul 11 malam (waktu tempatan) berhubung kejadian itu.
Jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Tokyo menambah, suspek kini ditahan.
Disebabkan insiden tersebut, syarikat East Japan Railway Company menghentikan sementara laluan Yamanote. – AGENSI