fbpx

Siapa yang bohong?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa melihat serpihan pesawat Pengawal Pantai Jepun di landasan Lapangan Terbang Haneda kelmarin. - AFP

TOKYO – Pihak berkuasa di Tokyo mendedahkan bahawa pesawat milik Pengawal Pantai Jepun tidak diberikan kebenaran untuk berlepas sebelum terlibat dalam nahas kelmarin, lapor akhbar The Sun hari ini.

Kesemua 367 penumpang dan 12 kru Japan Airlines terselamat selepas kapal terbang dinaiki mereka bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun di Lapangan Terbang Haneda kelmarin.

Lima penumpang pesawat jenis De Havilland Dash-8 itu dilaporkan terbunuh, manakala juruterbangnya kritikal.

Berdasarkan transkrip komunikasi menara kawalan, pesawat Japan Airlines itu mendapat kebenaran untuk mendarat. 

Bagaimanapun, pesawat Pengawal Pantai Jepun tidak dibenarkan untuk berlepas. Ia sebaliknya diarah untuk berada di lokasi menunggu berhampiran landasan.

Transkrip komunikasi menara kawalan merekodkan bahawa pesawat Pengawal Pantai Jepun telah mengesahkan arahan tersebut.

Bagaimanapun, kapten pesawat itu berkata, dia diberi kebenaran untuk memasuki landasan yang sama di mana pesawat Japan Airlines mendarat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI