PUTRAJAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan enggan memberi sebarang ulasan berhubung usaha menumbangkan kerajaan menerusi Langkah Dubai.
Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Luar hanya tersenyum apabila diasak oleh wartawan mengenai komen terhadap komplot pihak tertentu menggulingkan Kerajaan Perpaduan.
“Tanya pasal isu pelancongan sahaja,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Program Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kewujudan Langkah Dubai yang dilaksanakan pada akhir bulan lalu. – KOSMO! ONLINE