fbpx

Johor kembali dilanda banjir, 330 mangsa di 7 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu memindahkan penduduk di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang, Johor Bahru selepas kediaman mereka dinaiki air banjir hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor kembali dilanda banjir apabila empat daerah mula terjejas dan menyebabkan   330 penduduk terpaksa dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada 70 buah keluarga membabitkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.

“Tujuh PPS yang dibuka adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu di daerah Mersing; PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya dan PPS Dewan Kampung Sungai Tiram di daerah Johor Bahru; PPS Dewan MPK Kahang di daerah Kluang serta PPS SJKC New Kota dan PPS Dewan Pasak Indah di daerah Kota Tinggi.

“Terdapat tiga laluan terputus hubungan iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta; Jalan Johor Bahru – Endau dan Jalan Batu Pahat – Jemaluang, ketiga-tiga di Mersing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI