fbpx

Bekalan air di Hospital Pulau Pinang tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan air di Hospital Pulau Pinang tidak terjejas ketika gangguan bekalan air berjadual berlaku selama empat hari, bermula 10 Januari ini.

GEORGE TOWN – Operasi semua fasiliti kesihatan di negeri ini termasuk Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak akan terjejas ketika gangguan bekalan air berjadual berlaku minggu depan.

Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, ini kerana kesemua fasiliti kesihatan awam di negeri ini termasuk klinik kesihatan serta hospital awam lain mempunyai simpanan bekalan air untuk kegunaan selama 48 jam.

“Operasi di HPP tidak akan terjejas dengan gangguan bekalan air, cuma di hospital awam yang lain akan ada penjadualan semula untuk pelaksanaan pembedahan ketika gangguan air berlaku.

“Bagi kes yang sudah ada janji temu, penjadualan semula akan dijalankan, iaitu sama ada ia akan diawalkan atau dilewatkan. Selain itu, operasi di semua klinik pergigian akan ditangguhkan,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI