fbpx

Lima didakwa membunuh, tanam mayat kerana gambar bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN

SELAYANG – Seramai lima individu termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan yang mayatnya ditemui di belakang sebuah rumah di Sungai Choh bulan lalu yang mana pembunuhan itu bermotifkan penyebaran gambar bogel.

Mereka ialah G.Ganong Segaran, 34 dan adik perempuanya G.Malani,. Selain itu tiga lagi tertuduh ialah seorang lagi wanita S.Devi, 30 dan dua lagi lelaki P.Saravanan, 31, dan P.K. Vikinesvaran, 20.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh-tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh dibawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan kesemua tertuduh didakwa telah membunuh S.Ashok, 20, di sebuah rumah di Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Rawang antara pukul 8 pagi hingga 3.30 petang pada 23 Disember 2023.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kelima-lima tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan tarikh 4 Mac ini ditetapkan bagi sebutan semula kes.

Sementara itu dalam mahkamah sama tertuduh Ganong Segaran dan seorang lagi adik lelakinya G.Dandem Bain, 30, turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu telah melupuskan keterangan yang diketahui telah berlaku dengan menanam mayat Ashok dengan niat untuk mengelakkan pesalah-pesalah terlibat daripada dihukum pada tempat sama antara pukul 3.30 petang hingga 8 malam dan pada tarikh sama.

Justeru kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian hanya membenarkan tertuduh Dandem Bain diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Pada 24 Disember lalu, Kosmo! melaporkan, lapan individu ditahan disyaki terbabit pembunuhan seorang lelaki tempatan yang ditemui ditanam di dalam belukar di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sungai Choh, Rawang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara salah seorang suspek dan mangsa yang juga teman lelakinya.

Mayat mangsa kemudiannya ditanam di belakang rumah keluarga itu sebelum salah isteri kepada salah seorang suspek membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan kemudian mendapati rasa tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa merupakan motif kes pembunuhan tersebut.

“Motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI