fbpx

Dua maut, tiga parah kemalangan 4 motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mangsa terbaring selepas terlibat dalam kemalangan empat buah motosikal di Jalan Johor Bahru-Melaka, Senggarang berhampiran Sungai Lurus, Batu Pahat malam semalam. Foto IHSAN PEMBACA

BATU PAHAT – Dua maut termasuk seorang remaja manakala tiga lagi parah apabila motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal di Jalan Johor Bahru-Melaka, Senggarang berhampiran Sungai Lurus di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Yamaha Lagenda 110z berusia 24 tahun dan pemboncengnya berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan kepala.

“Kemalangan itu juga menyebabkan tiga mangsa yang lain cedera iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 16 hingga 18 tahun.

“Mereka dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal dari arah Batu Pahat ke Senggarang hilang kawalan dan bertembung tiga buah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Jelasnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HSNI di sini untuk bedah siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih lagi dijalankan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI