fbpx

Ejen pekerja asing tipu pekerja dicadang kompaun sehingga RM30,000 – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi dan amanat tahun baru di kementeriannya, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Syarikat dan ejen pekerjaan yang sudah memperolehi kuota tapi gagal menempatkan pekerja asing perlu dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan tegas itu penting memandangkan sektor komoditi negara kini berdepan kesukaran mendapat pekerja asing.

Beliau berkata, pihaknya turut mencadangkan perkara itu pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu isu pekerja asing itu diselesaikan segera.

“Kita dapat banyak laporan mengatakan banyak pekerja asing datang ke negara kita tapi tak ada kerja. Baru-baru ini di Pengerang, Johor ada 2,500 pekerja asing ditipu ejen pekerjaan.

“Justeru, saya nak cadangkan mana-mana syarikat yang bawa pekerja asing datang ke negara kita dan dalam sebulan masih tak ada kerja, syarikat itu patutnya dikompaun sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.

“Barulah mereka tak berani nak bawa pekerja. Isu ini penting buat Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi mengisi kekosongan pekerja asing di sektor komoditi negara,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPK di sini, hari ini.

Katanya, jika isu ini tidak ditangani segera, ia boleh memberi imej tidak baik kepada negara sedangkan industri amat memerlukan pekerja asing untuk beroperasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI