fbpx

Tiga motosikal terbabas ke dalam parit, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Bukit Katil, Melaka, pagi ini.

MELAKA – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Katil di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, PBK II Riduan Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.49 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati terdapat tiga penunggang motosikal telah terbabas ke dalam parit yang sedang dalam proses pembinaan.

“Salah seorang mangsa telah meninggal dunia manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan bomba telah melakukan operasi mengeluarkan mangsa dari parit berkenaan.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI