fbpx

Kerani tuntut keadilan, kereta baru dibeli rosak selepas 8 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan milik Nagakanni yang hanya sempat digunakan selama 8 jam sebelum tersadai di pusat servis.

PETALING JAYA – Seorang kerani meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan yang baru dibeli hanya sempat digunakan selama lapan jam sebelum rosak dan dibiar tersadai di pusat servis.

Menurut Nagakanni Subramaniam di laman Facebook, apa yang mengecewakan adalah dia masih perlu membayar ansuran bulanan seperti biasa.

“Dah lebih dua bulan, isu masih belum selesai. Lebih menyedihkan, saya tetap perlu bayar RM573 setiap bulan.

“Saya beli kereta dari sebuah pusat jualan di Segamat pada pukul 11 pagi. Lapan jam kemudian, pada pukul 7.40 malam, bila saya start enjin kereta tidak boleh dihidupkan.

“Kemudian, kereta saya dibawa ke pusat servis. Mekanik di sana memberitahu enjin kereta rosak,” dakwanya.

Tambah Nagakanni, pada hari sama dia membuat permohonan untuk menggantikan kereta tersebut.

“Bagaimanapun, saya diminta untuk menunggu selama dua minggu hingga satu bulan.

“Penyiasatan awal mengatakan enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tidak digunakan untuk membina kenderaan tersebut,” ujarnya.

Namun, Nagakanni menafikan pernah membawa apa-apa jenis makanan dalam tempoh lapan jam tersebut, apatah lagi membuka ruangan enjin.

Tambahnya, dia juga diminta untuk membuat pinjaman baharu sekiranya ingin mengambil kenderaan lain sebagai ganti.

“Katanya, saya hanya boleh dapatkan kereta baru selepas pinjaman lama selesai. Sebab itulah, sampai hari ini, saya masih lagi bayar (pinjaman kereta).

“Jurujual juga minta dokumen daripada saya untuk buat pinjaman kedua. Namun saya tolak kerana pinjaman pertama masih belum selesai,” katanya.

Nagakanni berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan yang diterima walaupun sudah hampir dua bulan menunggu.

“Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI