GARA-GARA politik, segelintir masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama Islam sanggup bertindak luar batas sehingga menghina dan memperlekehkan agamawan atau ulama. Tindakan berleluasa itu yang dibuat dengan melemparkan kata-kata kurang sopan serta makian dan fitnah kepada golongan berkenaan semakin banyak dilihat di media sosial. Lebih parah, segelintir individu juga berani melaga-lagakan tokoh agama dengan sengaja demi mewujudkan sensasi dan perpecahan dalam masyarakat. Seperti baru-baru ini, isu seorang doktor perubatan Terengganu yang membuat hantaran jelik mengenai agamawan di negeri itu membawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya