fbpx

Tak mengapa tak ada hadiah, cukup suami di sisi – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT

PETALING JAYA – Seiring peningkatan usia, pelakon Ayda Jebat mengakui lebih selesa meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga serentak kehadiran tahun baharu secara sederhana.

Kata pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat, 32, itu, dia tidak peduli andai tidak menerima sebarang hadiah pada hari istimewa asalkan dapat berada di sisi suami tercinta, Nabil Mahir.

“Tahun baharu dan sambutan ulang tahun perkahwinan ketiga makan tengah hari sambil berpantang.

“Terima kasih untuk segala-galanya, sayang. Sanggup pakai baju koyak dan seluar kotak.

“Sudah berusia (muda lagi sengaja cakap macam ini) kalau tak dapat hadiah pun tidak mengapa,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui lebih mementingkan keikhlasan yang dicurahkan suami serta sikap bertimbang rasa dalam hidup berumah tangga.

“Janji pasangan ada dengan kita, kerja yang susah dia buat semua pun sudah cukup bersyukur.

“Sayang dan cinta bagi saya bukan dinilai daripada hadiah tetapi usaha untuk jaga keluarga, beri segalanya buat anak dan isteri.

“Tidak kedekut dan tak buat isteri macam pembantu rumah, tetapi itu sayalah.

“Isteri lain suami cuba tanya. Ada isteri mahukan hadiah, kecil dan murah pun tidak mengapa sebagai tanda ingatan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, sepanjang tiga tahun berumah tangga, Ayda teruja apabila suaminya yang juga pelakon, Nabil Mahir tidak pernah mementingkan diri sebaliknya sentiasa komited menguruskan keluarga kecil mereka.

“Kalau saya dapat baju tidur pun saya menangis. Dulu macam ‘wow dapat hadiah mahal syok (seronok).

“Sekarang kita ‘Wow! Suami suruh tidur sebab dia mahu jaga anak’ ‘Wow! Suami suruh keluar dengan kawan-kawan pergi ‘me time’ (rehat).

“Namun, saya percaya suami zaman sekarang sudah terbuka minda. Kadang-kadang suami lagi pandai jaga anak,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati itu.

Ayda tidak ketinggalan menzahirkan rasa kagum melihat golongan suami menghargai isteri tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai lelaki.

“Menakjubkan. Kalau nampak kawan lelaki pandai jaga anak terus saya rasa mereka hebat.

“Bukan suami yang pakai barang mahal, bergaya sakan tetapi bila anak menangis dia biarkan sahaja suruh isteri jaga. Dia sibuk main telefon sambil berborak.

“Semoga tahun 2024 ini kita sama-sama jadi yang terbaik untuk pasangan kita dan keluarga,” jelasnya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua zuriat iaitu Ana Nayla, 2, dan Aali Mateen yang dilahirkan pada bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI