fbpx

Berlakon berkuda, Fazura risau cedera jejaskan peranakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura risau memikirkan risiko berlakunya kecederaan di bahagian peranakan, sekali gus menjejaskan peluangnya mendapatkan zuriat.

PUTRAJAYA – Pelakon Nur Fazura mengakui gementar menggalas watak srikandi berkuda dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah kerana berisiko mengalami kecederaan pada bahagian peranakan sekiranya terjatuh.

Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Shariffudin, 41, berkata, seandainya perkara itu berlaku peluang untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang mungkin terjejas.

“Memang setiap hari saya berdoa tidak terjatuh apabila menunggang kuda kerana bimbang peranakan terjejas dan tak dapat menimang cahaya mata lagi selepas ini.

“Saya pun pesan kepada adik-adik (pelakon wanita) lain supaya berhati-hati sebab kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.

“Mujurlah semuanya berjalan lancar. Saya sendiri ada pengalaman menunggang kuda masa kecil, jadi ada keserasian dengan kuda yang ditunggang itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Begitupun, ibu kepada seorang anak itu menafikan dirinya kini berbadan dua meski bersungguh-sungguh meluahkan kerisauannya itu.

“Buat masa ini bukan berita hamil yang ingin dikongsi. Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukkan kami.

“Lagipun, kami perlu patuh dengan kontrak yang sudah ditandatangani, kalau boleh tak mahulah hamil dalam keadaan terikat dengan kerja.

“Ketika mengandungkan Fatimah dulu saya pernah terlantar atas katil selama tiga bulan sebab alahan, tak mahulah disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas,” ujarnya pada majlis tayangan filem Pendekar Awang:Darah Indera Gajah, hari ini.

Sebagai rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah adalah merupakan prekuel kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menelan belanja RM15 juta itu bakal  menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI