fbpx

Lelaki temui ajal Toyota Alphard terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditemukan maut selepas kenderaan jenis Toyota Alphard dipandunya terbabas ke dalam longkang sedalam dua meter di Lebuhraya Pesisir Pantai, Johor Bahru, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dipandu terbabas ke dalam longkang sedalam dua meter di Lebuh Raya Pesisir Pantai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki tempatan berusia 25 tahun.

“MPV itu terjunam ke dalam longkang menyebabkan pemandu cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar memberitahu, seramai 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejar ke lokasi setelah pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

“Anggota bomba turun ke dalam longkang dan menemukan mangsa pada jarak 15 meter dari kenderaannya. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI