fbpx

EPL: Salah dapat restu kem Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH meraikan jaringannya ketika menewaskan Newcastle 4-2 di Anfield awal pagi semalam. – LIVERPOOL

LIVERPOOL – Moha­med Salah memilih cara yang cukup luar biasa untuk meninggalkan Liverpool buat seketika apabila menyumbangkan dua gol mengatasi Newcastle United 4-2 di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Walaupun gagal menyempurnakan penalti di babak pertama, namun Salah bangkit menceria­kan para penyokong setia pasukan itu sebelum mengalihkan fokus bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Walaupun dipaksa bekerja keras, tetapi Salah percaya kemenangan ini makin menyerlahkan kemampuan The Reds untuk menjuarai EPL biarpun tanpa kehadirannya yang akan ke AFCON dari 13 Januari hingga 11 Februari depan.

“Aksi yang cukup sengit, namun kami tetap mampu memastikan kemenangan. Sekarang kami perlu kekal tenang dalam setiap perlawanan.

“Kami perlu bekerja keras bagi menyerlahkan kemampuan dan jika mampu lakukannya, sudah pasti kami dapat mengekalkan kemenangan,” katanya.

Dua lagi gol The Reds dihasilkan Curtis Jones dan Cody Gakpo, manakala jarigan pelawat dijaringkan olehAlexander Isak serta Sven Botman.

Selepas 20 perlawanan, Liverpool kini berkelebihan tiga mata ke atas pasukan tempat kedua, Aston Villa dan lima mata me­ninggalkan Manchester City serta Arsenal.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan terlalu memuji Salah, sebaliknya memberikan kredit kepada Darwin Nunez.

“Mo (Salah) adalah mesin gol walaupun dia gagal penalti pertama. Saya boleh katakan 99.9 peratus pemain akan melakukan penyudah sendiri, namun Darwin (Nunez) memilih melakukan hantaran kepada Salah.

“Sudah pasti Darwin tidak gembira jika gagal menjaringkan gol, tetapi saya dapat lihat dia sentiasa libatkan diri dalam pergerakan kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI