fbpx

10 tangki ‘jumbo’ tampung masalah bekalan air di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) meninjau persiapan di Persatuan Bomba Sukarela Juru di Bukit Mertajam, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyewa sebanyak 10 tangki ‘jumbo’ sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, tangki air berkapasiti 20,000 sehingga 30,000 liter itu akan digunakan untuk mengisi semula air dalam tangki statik yang akan diletakkan di tempat awam.

Menurut beliau, PBAPP juga akan menggunakan lapan unit tangki lori air untuk kegunaan hospital dan pusat dialisis yang terjejas di negeri ini.

“Pelbagai agensi lain antaranya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menggunakan tangki lori yang akan digerakkan ke lokasi yang ditetapkan nanti.

“Pada masa sama, sebanyak 35 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pulau Pinang termasuk PBS Parit Buntar, Perak akan menggunakan jentera bagi membantu melicinkan operasi pembahagian bekalan air di daerah terjejas,” katanya selepas meninjau persediaan PBS Juru di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Beliau turut menyarankan orang ramai supaya menyimpan bekalan air lebih awal bagi memastikan ia mencukupi sepanjang tempoh terbabit.

Tempoh gangguan bekalan air diakui menjadi waktu yang paling genting buat semua, namun kerajaan negeri optimis ia dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI