fbpx

Dalang dadah dari Malaysia ditahan di Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan di Laos pada 29 Disember lalu semasa operasi bersama antara Thailand dan Laos. – Bangkok Post

BANGKOK – Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONBC) mengumumkan penahanan seorang dalang utama kegiatan penyeludupan dadah dari Malaysia yang dikehendaki atas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Jenayah sejak Ogos lalu, lapor akhbar Bangkok Post.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di Laos pada 29 Disember lalu semasa operasi bersama antara pihak berkuasa Thailand dan Laos.

Dengan habuan 1 juta baht (RM134,769), suspek dikatakan memainkan peranan penting dalam mendapatkan dadah dan berkoordinasi dengan sindiket dadah di Wilayah Segitiga Emas sejak 2006.

Pihak berkuasa percaya dia bekerja dengan rangkaian dadah dari Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos.

Suspek turut menggunakan Thailand untuk pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit bagi menyeludup dadah ke negara seperti Malaysia dan Australia selain Taiwan.

Menurut Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong, penahanan itu dibuat selepas tangkapan tujuh suspek lain beserta 998 kilogram kristal metamfetamin di Ratchaburi pada Jun lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI