fbpx

Ada agensi tidak ‘buta warna’ bantu mangsa banjir – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid hadir Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di Bangunan Perdana Putra, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat agensi tertentu di peringkat daerah dan negeri yang ‘pilih kasih’ dalam penyaluran bantuan mangsa banjir.

Justeru, Ahmad Zahid memberi amaran bahawa mereka sepatutnya bersikap adil dalam isu tersebut kerana ia merupakan dana pihak kerajaan Persekutuan.

“Saya berharap mereka ini mesti ‘buta warna’ dari segi pengagihan sebab kita dapat tahu pada tahun lepas ada berlaku hanya ‘warna tertentu’ dapat,” katanya ketikta sidang akhbar selepas Taklimat Penyelarasan Situasi Terkini Banjir, di pejabatnya di sini hari ini.

Media akhir bulan lalu melaporkan keluhan ramai mangsa banjir di Kelantan yang kesal apabila nama mereka didapati ‘tercicir’ daripada senarai penerima bantuan wang ihsan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah menyalurkan bayaran ihsan itu melalui pejabat daerah sebelum proses pengagihan dilakukan kepada mangsa terlibat.

“Ini wang kerajaan Persekutuan yang kita serah kepada kerajaan negeri untuk mangsa dan perlu diberi jika mereka benar jujur mahu bantu rakyat dalam kesusahan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI