fbpx

Langkah Dubai tidak jejaskan keutuhan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) pada Majlis Peluncuran Padu di Putrajaya hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gerakan ‘Langkah Dubai’ langsung tidak menjejaskan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya.

Menurutnya, beliau pada hari ini masih kekal sebagai Perdana Menteri.

“Alhamdulilah (masih Perdana Menteri),” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (Padu) di sini, hari ini.

Katanya, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah membangunkan negara dan menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Anwar berkata, beliau ada terbaca dalam media sosial mengenai gerakan (Langkah Dubai) itu.

“Saya ada baca dalam media sosial mengenai langkah Dubai. Kita tumpu soal kerja, itu kerja mereka. Bagi saya ia tak mengesankan (tidak memberi kesan).

“Apa yang penting kita dah mula (jaga kebajikan rakyat). 2 Januari (hari ini) kita dah mula lancarkan satu program (PADU) penting bagi rakyat. Tumpuan kita bangunkan negara, jaga rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa wujud satu gerakan yang sedang dirancang bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI