fbpx

[VIDEO] ‘Dah 25 hari tak jumpa isteri, anak ditahan Israel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rushdi bimbang keselamatan isteri dan dua anaknya selepas ditahan Israel.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Palestin, Rushdi Al Zaza masih tertanya-tanya nasib isteri dan dua anak yang sudah 25 hari tidak bertemu, selepas mereka diambil rejim Zionis Israel dari rumah mereka di Al Zaytoun.

Menerusi temu bual pada video dimuat naik Quds News Network, Rushdi menceritakan isterinya, Hadeel Yousef Issa Al Dahdouh turut dipisahkan dengan anak mereka, Muhammad Rushdi Al Zaza, 4, dan Zain Rushdi Al Zaza berusia enam bulan.

“Isteri salah seorang yang dibawa bersama saya dalam trak tentera Israel. Dia yang tidak ditutup rambutnya oleh tentera Israel.

“Sampai sekarang saya tak tahu apa-apa tentang mereka. Ibu mereka (isteri) melawan, tapi akhirnya dia digari dan dibawa keluar. Israel kemudian mengambil dua anak saya,” katanya pada video tersebut.

Rushdi berkata, dia turut ditahan sebelum ini oleh rejim Zionis Israel.

“Mereka (anak-anak) bersama kami, tetapi kemudian dibawa tentera Israel. Saya tak tahu apa jadi dengan mereka,” katanya sedih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI