fbpx

Gempa bumi Jepun: 30 maut, 14 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah musnah selepas gempa bumi kuat melanda Wajima semalam. - Foto AFP

TOKYO – Angka kematian akibat gempa bumi kuat di tengah Jepun meningkat kepada 30 orang hari ini, kata pihak berkuasa tempatan sambil menambah, 14 yang lain cedera parah.

Separuh daripada kematian dicatatkan di bandar Wajima, di mana kebakaran besar memusnahkan rumah-rumah, demikian menurut pentadbiran wilayah Ishikawa.

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Ishikawa di pulau utama Honshu, semalam sehingga mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih satu meter. Ia turut meruntuhkan bangunan-bangunan, menyebabkan kebakaran besar di pelabuhan dan merosakkan jalan raya.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu mempunyai kekuatan 7.5 magnitud, manakala Agensi Meteorologi Jepun menyatakan ia sekuat 7.6 magnitud.

Semalam, ombak setinggi sekurang-kurangnya 1.2 meter melanda Wajima dan beberapa siri tsunami yang lebih kecil dilaporkan berlaku di tempat lain. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI