fbpx

Semua sekolah terkesan banjir mula operasi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina pada sidang akhbar berhubung situasi terkini institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia terkesan bencana banjir di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang terkesan akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) telah beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, secara keseluruhan, terdapat 157 institusi pendidikan terlibat bencana banjir di mana ia membabitkan 133 sekolah rendah, 23 sekolah menengah dan sebuah pusat permata.

Jelasnya, ia melibatkan lapan buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Sabah, Sarawak, Johor dan Perak.

“Sebanyak 207 institusi pendidikan dijadikan PPS iaitu 173 sekolah rendah, 33 sekolah menengah dan sebuah kolej vokasional di 10 buah negeri.

“Sehingga pukul 4 petang semalam, dashboard pelaporan banjir KPM menunjukkan sebanyak sembilan buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah masih terlibat banjir iaitu di Kelantan, Pahang dan Sarawak, manakala dua buah sekolah rendah masih dijadikan PPS di Kelantan dan Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung situasi terkini institusi pendidikan KPM terkesan bencana banjir di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, berdasarkan laporan awal diterima, kerosakan akibat banjir yang dialami oleh institusi pendidikan di bawah KPM dianggarkan melebihi RM1 juta.

Menurut beliau, ia melibatkan kerosakan perabot, pagar, fizikal bangunan dan aset yang tidak boleh dipindahkan bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI