fbpx

Piala Asia: China selesa berstatus underdog

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prestasi skuad China masih belum berada pada tahap optimum ketika seri 1-1 bertemu Malaysia, September lepas. - Foto ihsan FAM

BEKAS gergasi Asia, China akan menggunakan kempen Piala Asia 2023 bermula 13 Januari ini tanpa sebarang tekanan selepas diundi dalam Kumpulan A bersama Lebanon, Tajikistan dan tuan rumah, Qatar.

Seperti dijangka, skuad Naga kendalian Aleksandar Jankovic itu tidak mempunyai masalah untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas berada di kedudukan naib juara aksi kelayakan sebelum ini.

Sebagai rekod, China sepatutnya menjadi tuan rumah pada kempen Piala Asia 2023 kali ini, tetapi terpaksa menarik diri sebagai hos tahun lalu ekoran pandemik Covid-19 menyaksikan hak penganjuran diberikan kepada Qatar.

Pada kempen kali ini, China akan membuat penampilan ke-13 dalam kejohanan berprestij tersebut dengan pencapaian terbaik mereka adalah muncul naib juara edisi 1984 dan 2004.

Berdasarkan senarai akhir 26 pemain, China membuat kejutan apabila tidak menyenaraikan bintang berdarah naturalisasi yang juga bekas pemain Arsenal, Nico Yennaris pada kempen kali ini.

Namun, mereka masih lagi menagih sentuhan pemain-pemain berpengalaman seperti penyerang, Wu Lei yang pernah mewakili Espanyol dan pemain berdarah kacukan England, Tyias Browning.

China juga tidak berada pada prestasi terbaik di pentas antarabangsa ketika ini apabila hanya menang dua perlawanan daripada enam aksi kompetitif terakhir yang diharungi termasuk seri 1-1 bertemu Malaysia pada September lepas. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI