MERSING – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila dia dihanyutkan arus deras ketika cuba melintas laluan yang dinaiki air banjir di Kilometer 34 Jalan Jemaluang-Kota Tinggi hari ini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Arwan Abdullah berkat, pihak bomba menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 7.19 pagi sebelum menghantar 10 anggota ke lokasi kejadian.
“Mangsa adalah seorang lelaki dewasa berumur 23 tahun dipercayai telah hanyut ketika melalui jalan yang telah dinaiki air banjir menggunakan motosikal. Mangsa telah dibawa arus deras dan telah hanyut sejauh 7 meter pada kedalaman air 1.5 meter.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan tali menyelamat untuk menarik mangsa ke kawasan air selamat. Mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami keceraaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing melalui kenyataan di media sosial memaklumkan terdapat dua laluan yang ditutup untuk kenderaan ringan selepas dinaiki air sehingga pukul 10 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE