fbpx

[VIDEO] Pemimpin parti pembangkang Korea Selatan ditikam di leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAE-myung rebah selepas ditikam oleh seorang lelaki di Busan hari ini. - Foto AFP/Yonhap

SEOUL – Pemimpin parti pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung ditikam di leher ketika bercakap dengan sekumpulan wartawan di bandar pelabuhan Busan, hari ini.

Rakaman disiarkan sebuah saluran televisyen menunjukkan seorang lelaki menyerang Jae-myung di lehernya ketika beliau sedang berjalan sambil dikerumuni wartawan. Beliau ketika itu baru selesai melawat tapak lapangan terbang baharu. 

Ketua Parti Demokratik berusia 59 tahun itu dilihat rebah ketika orang ramai bergegas membantunya dengan seorang lelaki menekan sapu tangan di leher yang terkena tikaman.

Ketika kejadian, penyerang muncul dan meminta autograf Jae-myung yang sedang berjalan ke arah keretanya.

“Penyerang menikam lehernya dengan apa yang kelihatan seperti pisau,” kata seorang saksi kepada saluran televisyen YTN.

Rakaman televisyen menunjukkan anggota polis bergegas menangkap penyerang tersebut yang memakai topi tertera nama Jae-myung.

Anggota kecemasan kemudian membawa pemimpin pembangkang itu ke sebuah hospital menggunakan ambulans.

Agensi berita Yonhap melaporkan, Jae-myung mengalami pendarahan tetapi berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI