fbpx

EPL: Dua gol Salah wira Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH berjaya meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan ketika menewaskan Newcastle awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah muncul wira pasukannya apabila meledak dua gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.

Menariknya, Salah turut mencipta satu bantuan jaringan kepada Cody Gakpo meledak gol ketiga The Reds, sekali gus memastikan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu selesa menerajui carta EPL dengan kelebihan tiga mata.

Satu lagi gol Liverpool dijaringkan oleh Curtis Jones, manakala Newcastle terpaksa menerima hakikat pulang dengan tangan kosong apabila hanya merakam dua jaringan menerusi Alexander Isak dan Sven Botman.

Kecemerlangan Salah boleh dianggap sebagai ‘hadiah perpisahan’ kerana dia akan meninggalkan Liverpool buat seketika bagi menggalas tugas bersama Mesir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dari 13 Januari hingga 11 Februari nanti.

Situasi itu sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada kem The Reds kerana Salah dianggarkan bakal terlepas sekurang-kurangnya lapan perlawanan memandangkan Mesir dianggap calon pilihan mara ke final AFCON yang berlangsung di Ivory Coast. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI