fbpx

9 gerai warga asing di ‘Little Dhaka’ disita DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa DBKL sedang melakukan tindakan sitaan ke atas sebuah gerai penjaja milik warga asing sekitar 'Little Dhaka' semalam.

PETALING JAYA – Sembilan gerai penjaja warga asing sekitar Jalan Silang dan Lebuh Pudu di Kuala Lumpur disita dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

DBKL menerusi hantaran di laman Facebook berkata, tindakan tersebut dilakukan dibawah kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa menerusi peruntukan UUK 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,”katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, selain sitaan terhadap penjaja, pihaknya turut mengeluarkan 35 notis kompaun pelbagai kesalahan ke atas kenderaan yang membuat halangan lalulintas sekitar kawasan Jalan Silang dan Lebuh Pudu.

Katanya, tindakan itu dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain selepas ini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI