fbpx

Salman pertahankan bintang filem dewasa, sindir kaki kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAN menyifatkan inidividu yang gemar mengutuk Sunny Leon sebagai penonton setia filem-filem dewasa lakonan aktres seksi itu.

PEMBABITAN aktres Sunny Leon dalam filem dewasa sentiasa meraih kecaman pemerhati dunia hiburan Bollywood yang disifatkan tidak wajar diberi peluang dalam arus perdana.

Rata-rata netizen tidak selesa apabila pelakon itu dilihat membintangi beberapa naskhah besar.

Begitupun, beberapa teman seangkatan dalam industri perfileman tetap memberi sokongan padu kepadanya, termasuk aktor Salman Khan.

Dalam satu wawancara, hero Tiger 3 itu menyindir ‘haters’ yang mengecam Sunny. Kata Salman, golongan sedemikian sebenarnya penonton setia filem dewasa.

“Saya dengar ramai juga orang menjadi penggemar beratnya. Saya belum pernah melihatnya sebelum ini atau menonton filemnya, namun dia menjadi sebutan ramai.

“Dari situ saya yakin orang yang mengutuk aktres terbabit adalah individu sama yang menyaksikan lakonannya dalam filem dewasa.

“Jika tidak mana mungkin kaki kecam itu tahu mengenai filem mahu pun mutu lakonannya seperti disebarkan mereka,” ujarnya sinis.

Mendakwa tidak mengenali Sunny, hakikatnya Salman dilihat pernah berkolaborasi dengan bintang Jism 2, terutama membabitkan program realiti Big Bos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI