fbpx

13 bayi tahun baharu dilahirkan di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 13 bayi tahun baharu dilahirkan di negeri Pahang setakat pukul 9 pagi tadi.

KUANTAN – Seramai 13 bayi tahun baharu dilahirkan di hospital seluruh negeri Pahang bermula pukul 12 tengah malam sehingga pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah tersebut, lima daripadanya adalah bayi perempuan dan lapan daripadanya adalah bayi lelaki.

Katanya, bayi pertama dilahirkan adalah pada 12.42 pagi tadi di Hospital Raub.

“Bayi tersebut merupakan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram melalui kaedah bersalin secara normal,” katanya.

Katanya lagi, sembilan daripada bayi yang dilahirkan itu dilahirkan secara normal dan empat melalui kaedah pembedahan.

“Daripada 13 bayi tahun baharu jni, lapan darinya merupakan bayi berbangsa Melayu, dua warganegara asing, dan seorang anak Orang Asal.

“Kesemua bayi ini kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tambahnya juga, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu seramai lima bayi diikuti Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) merekodkan empat kelahiran.

“Hospital Kuala Lipis dengan tiga kelahiran manakala Hospital Raub mencatatkan satu kelahiran sehingga pagi ini.

“Tahniah kepada ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada hari tahun baharu ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI