fbpx

Pelajar Malaysia dikebumi di Jabal Muqattam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zawiah dan Mohamad Shulaudin menunjukkan gambar anak mereka Nurul Huda yang meninggal dunia di Kaherah ketika ditemui rumah pasangan itu di Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Pelajar Malaysia yang menuntut di Kaherah, Mesir dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas semasa dalam tempoh kuarantin di negara itu pada Jumaat lalu.

Nurul Huda Mohamad Shulaudin, 21, yang meninggal dunia pada pukul 7.27 pagi di Hospital Rabaah, Kaherah dikebumikan
di Jabal Muqattam yang turut menempatkan para ulama termasuk Imam Syafie, Muhammad Abdul Baqi’ dan Imam Waqi’.

Berita kematian Nurul Huda tular dalam media sosial kelmarin sehingga mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah menerusi Twitternya.

Bapa arwah, Mohamad Shulaudin Dollah, 44, berkata, dia berasa terkejut menerima berita kematian Nurul Huda pada Ju-
maat lalu kerana anak sulungnya baru pulang ke negara berkenaan dua hari sebelumnya dan masih dalam tempoh kuarantin.

Pelajar tahun dua Ijazah Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar itu pulang bercuti ke tanah air pada Mei lalu.

“Saya mendapat berita kematian Nurul Huda pada tengah hari Jumaat lalu. Saya terkejut kerana dia tidak pernah mengadu sakit apatah lagi sesak nafas sepanjang enam bulan berada di rumah di sini.

“Nurul Huda seorang anak yang baik. Zikir dan bacaan al-Quran tidak pernah lekang daripada bibirnya.

“Dia juga tidak pernah tinggal solat sunat Tahajud setiap malam dan ini mungkin merupakan hadiah buatnya kerana di-
makamkan bersama para ulama,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Pak Hitam di sini semalam.

Berita kematian Nurul Huda mendapat perhatian di media sosial apabila keperibadiannya dipuji sehingga ramai pelajar Malaysia di universiti berkenaan turut bersama membantu menguruskan jenazahnya.

Nurul Huda dipercayai pelajar Malaysia pertama yang dimakamkan di Jabal Muqattam.

Sementara itu, ibunya, Zawiah Hassan, 41, berkata, meskipun sedih dengan pemergian anaknya, dia tetap reda dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah.

Wanita itu turut mendapat tahu Nurul Huda menyimpan wang untuk membawanya dan suami ke Universiti Al-Azhar pada hari graduasinya pada 2022.

“Saya tidak menyangka dia sanggup mengumpul wang untuk membawa kami ke sana.

“Sekiranya ada peluang dan kesempatan, saya mahu menziarah kuburnya di Jabal Muqattam suatu hari nanti. Itu adalah hajat kami sekeluarga,” katanya.

Nurul Huda turut aktif dalam bidang penulisan dan memenangi tempat ketiga Pertandingan Menulis Cerpen bertemakan
Lockdown anjuran Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional pada Julai lalu.

Arwah turut memasang impian untuk menerbitkan buku berbentuk agama dan motivasi pada masa akan datang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI