fbpx

Saringan Covid-19 di Kem Syed Sirajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan tentang kes positif Covid-19 di Kem Gemas.

TAMPIN – Saringan ujian calitan Covid-19 sedang giat dilaksanakan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas bermula petang semalam susulan seorang petugas di kem berkenaan disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, individu yang positif berkenaan disahkan positif di Kuala Pilah susulan menetap di daerah berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, individu berkenaan bertugas di Kem Syed Sirajuddin dan langkah awal dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ialah melakukan saringan ke atas kontak rapat kes berkenaan.

“Saringan telah dimulakan semalam dan disambung pada hari ini.  Buat masa ini, saya masih tidak mendapat jumlah berapa individu yang disaring,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Semalam tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai seorang individu yang bertugas di Kem Gemas positif Covid-19.

Dalam mesej berkenaan juga menyatakan dianggarkan sebanyak 500 kontak rapat akan menjalani ujian calitan Covid-19 berkenaan.

Pihak PKD Tampin dan kem tentera akan melakukan saringan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI