fbpx

[VIDEO] Sifar rasuah, kurangkan ketirisan dana antara fokus tahun baharu – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tekad membantu negara, khususnya dalam mencapai sifar rasuah serta mengurangkan ketirisan dana sepanjang tahun 2024.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tekad serta azam itu bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dalam gerak kerja yang dilakukan.

“Bukan sahaja mencapai negara sifar rasuah, namun mengurangkan ketirisan dana sekali gus meningkatkan ekonomi.

“Buat warga SPRM, ingatlah saban tahun kita bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu. Semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja berfikir dan bertindak,” ujarnya menerusi video perutusan Tahun Baharu 2024 di Facebook SPRM, hari ini.

Justeru, beliau menegaskan perubahan positif dari sudut integriti, kemahiran serta pengetahuan amatlah penting bagi menjayakan impian berkenaan.

“Kita (SPRM) perlu terokai yang baharu, tinggalkan yang lapuk, baiki yang silap, hindari yang salah.

“Tingkatkanlah integriti, kemahiran, pengetahuan masing-masing agar visi dan misi SPRM dapat dicapai,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI