LUMUT – Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran kawasan medan ikan bakar Teluk Batik di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mayat tersebut ditemui oleh orang ramai sebelum melaporkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 5.45 petang.
“Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki Melayu berusia 40 tahun yang berasal dari Pulau Pangkor.
“Menurut waris, mangsa dikatakan sering meracau dan telah keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak 2 hari lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Tambah Nor Omar, mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat pada hari ini. – K! ONLINE