fbpx

Ular berbisa hentikan kejohanan tenis di Brisbane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penonton terkejut apabila ular itu menyusur di gelanggang. - Marca

CANBERRA – Pemain tenis profesional dari Austria, Dominic Thiem terkejut apabila salah seekor ular paling berbisa di Australia muncul ketika dia beraksi dalam satu perlawanan kelayakan kejohanan tenis Antarabangsa Brisbane semalam.

Laman berita USA Today melaporkan, bekas pemain nombor tiga dunia itu menentang pemain Australia, James McCabe dalam pusingan kelayakan apabila penyokong di tepi gelanggang melihat seekor ular.

Anggota keselamatan segera tiba, namun pengadil terpaksa menghentikan perlawanan apabila ular itu menyusur ke gelanggang.

“Saya sangat suka haiwan terutamanya jika ia eksotik. Tetapi mereka (penganjur) berkata bahawa ia adalah ular yang sangat berbisa. Ia sesuatu tidak pernah berlaku kepada saya dan pasti tidak akan dilupakan,” katanya.

Haiwan itu kemudian dikenal pasti sebagai ular coklat timur sepanjang 50 sentimeter dan salah satu reptilia paling berbahaya di Australia.

Dalam pada itu, perlawanan tersebut disambung semula tidak lama selepas ular itu ditangkap. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI