fbpx

Suspek utama bunuh pesara MARDI diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 10 individu termasuk suspek utama kes samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Wan Hassan Wan Embong ditahan.

Difahamkan, kesemua suspek itu ditahan dalam beberapa siri serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan tangkapan 10 suspek berkenaan.

“Ya, ada tangkapan, 10 orang termasuk suspek utama kes ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut susulan satu sidang akhbar berhubung kejayaan itu akan diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan penjenayah yang bertindak samun dan bunuh bekas pesara MARDI itu melakukan rompakan di sebuah banglo milik jurutera di Taman Tiara Titiwangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI