fbpx

Yang Som serang kampung, rosakkan tanaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanaman pisang milik seorang penduduk, Muhamad Fairulizwan yang musnah dipijak gajah liar di Kampung Som, Jerantut hari ini.- HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT – Penduduk Kampung Som dekat sini gempar apabila kawasan kediaman mereka diserang gajah bergelar ‘Yang Som’ sejak dua hari lalu yang merosakkan pokok pisang dan kelapa hingga mengakibatkan mereka mengalami kerugian.

Serangan selama tiga jam bermula pukul 12.30 tengah malam itu hanya disedari pada awal pagi semalam selepas penduduk meninjau kawasan kebun lalu terkejut dengan pencerobohan gajah betina berkenaan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Som, Rafiz Azuan Ahmad, 49, berkata, Yang Som datang dengan anaknya dan lebih agresif jika terdengar bunyi suara manusia.

“Yang Som ceroboh, makan tanaman dan merosakkan kebun sejak dua malam lalu. Ada pekebun rugi apabila tujuh pokok pisang dan lapan pokok kelapa musnah.

“Puncanya apabila ada pihak buka pintu pagar elektrik yang dipasang Perhilitan di sempadan hutan dan tidak tutup semula hingga membolehkan gajah liar itu bolos ke kampung,” katanya.

Menurut Rafiz Azuan, pihaknya sudah menghantar laporan ke Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah supaya kejadian itu tidak berulang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI