fbpx

Banjir : KKM sedia 102 pasukan sokongan mental bantu mangsa terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (duduk, dua dari kanan) ketika menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Jeli, Jeli hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

JELI – Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan sebanyak 102 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental, Sokongan Psikososial Semasa Krisis dan Bencana (MHPSS) yang mambantu dalam memberi sokongan kepada mangsa banjir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua pasukan MHPSS berkenaan telah ditempatkan tujuh buah negeri yang terlibat banjir iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor,Johor, Negeri Sembilan dan Sabah.

Menurutnya, secara kumulatif, sebanyak 123 Psychological First Aid (PFA) telah dijalankan kepada petugas KKM bagi mengesan awal masalah kesihatan mental seterusnya memberi rawatan lanjut.

“KKM telah bersiap sedia daripada awal untuk menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut. Persediaan itu bukan sahaja melibatkan pemantauan penyakit berjangkit, tetapi turut melihat kesihatan mental mangsa terlibat.

“Kesihatan mental yang membabitkan mangsa banjir perlu diberi perhatian khusus dengan menyediakan sokongan psikososial. Justeru, pasukan MHPSS digerakkan setiap negeri yang terlibat banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulkefly memberitahu, selain MHPSS, pihaknya turut menyediakan pasukan yang terdiri daripada 297 pasukan perubatan selain masing-masing 286 pasukan kesihatan dan pasukan promosi kesihatan digerakkan ke PPS bagi membantu mangsa banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI