fbpx

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Meerqeen dan Anna Jobling kekal tersenarai sebagai individu memiliki wajah kacak dan cantik.

PETALING JAYA – Pelakon Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi berjaya memahat nama mereka dalam senarai 100 Wajah Lelaki Paling Kacak 2023 (100 Most Handsome Faces 2023) dan 100 Wajah Wanita Paling Jelita 2023 (100 Most Beautiful Faces 2023) pilihan TC Candler, untuk dua tahun berturut-turut.

Untuk edisi 2023, Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen, 21, berada di posisi ke-62, manakala Anna Jobling pula di tempat ke-66.

Lebih membanggakan, kedua-dua pelakon muda itu telah mengalahkan beberapa nama besar lain seperti bekas pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham yang berada di tangga ke-68 dan anggota kumpulan K-Pop terkenal, BTS iaitu Jin (67).

Untuk kategori wanita pula, Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, telah berjaya mendahului nama seperti aktres Hollywood, Margot Robbie (90) dan Emma Watson di tempat ke-83.

Bagaimanapun, kedudukan jatuh sebanyak 12 anak tangga berbanding tahun lalu (2022), apabila dia berjaya berada di posisi ke-55 dalam senarai 100 Wajah Lelaki Paling Kacak 2022.

Berbanding Anna, pelakon jelita itu berjaya melonjak sebanyak 18 anak tangga berbanding tahun lalu apabila menduduki tempat ke-84.

Kedua-dua pelakon yang membintangi drama Melur Untuk Firdaus itu, menjadi satu-satunya artis Malaysia yang lolos dalam senarai tersebut seperti yang diumumkan dalam laman media rasmi antarabangsa, TC Candler, pada 28 Disember lalu.

Berada di kedudukan pertama Wajah Lelaki Paling Kacak 2023 menjadi milik pelakon berdarah Amerika-Perancis, Timothee Chalamet. Manakala untuk kategori wanita pula dimenangi oleh penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie.

Senarai tahunan 100 Tercantik/Terkacak itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics di mana, senarai tersebut diiktiraf sebagai antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.

Pencalonan dibuat berdasarkan undian dan komen yang dihantar peminat ke saluran YouTube rasmi TC Candler sebelum pemilihan terakhir untuk 100 Wanita Tercantik dan 100 Lelaki Terkacak dibuat.

Pada tahun 2021 menyaksikan Tabby dari kumpulan Dolla menjadi wakil tunggal Malaysia, manakala Mira Filzah dan Fattah Amin pula tersenarai untuk tahun 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI