fbpx

Kelantan rakam penghargaan kepada PM salur wang ihsan RM177.96 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (lima dari kiri) ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri (dua dari kanan) di Kota Bharu, Kelantan dua hari lalu.

PETALING JAYA – Kerajaan negeri Kelantan merakam penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran wang ihsan berjumlah RM177.96 juta.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan wang ihsan yang diterima negeri Kelantan tahun ini sebanyak RM217.96 juta,

Tambah beliau, kerajaan negeri turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semasa turun meninjau situasi dan melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Antara pengumuman yang dibuat adalah kelulusan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta dan proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta yang akan dimulakan pada tahun 2024.

“Kerajaan negeri pula akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyegerakan urusan pengambilan balik tanah untuk projek-projek ini,” jelasnya.

Mohd. Nassuruddin berkata, kerajaan negeri yakin pengumuman tersebut akan memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat Kelantan sekaligus memperkukuhkan semangat federalisme antara kerajaan negeri dan Persekutuan selari dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI