fbpx

DBKL tingkat pemantauan, ambil tindakan ke atas ‘ulat parking’ – Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video menunjukkan kawasan parkir dan kesan calar yang didakwa dilakukan ulat parkir di Bukit Bintang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau serta mengambil tindakan ke atas ‘ulat parking’ di sekitar ibu kota.

Beliau berkata, tindakan itu perlu memandangkan banyak keluhan dilontarkan oleh pengguna kenderaan di sekitar Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parking di Kuala Lumpur.

“Saya telah arahkan @DBKL2u untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti ulat parking seperti ini,” tulisnya di aplikasi X.

Zaliha menambah, isu ulat parking tidak sepatutnya berlaku di ibu kota.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan selain memungut bayaran secara haram, ‘ulat parkir’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semakin berani bertindak mengugut serta merosakkan kenderaan sekiranya individu enggan membayar.

Perkara itu didedahkan seorang wanita yang juga mangsa apabila kereta miliknya yang diletakkan di kawasan sebuah bank di Bukit Bintang baru-baru ini didakwa dicalarkan ‘ulat parkir’.

Katanya, sebelum itu, dia telah didekati seorang wanita yang dikenali sebagai ‘kak Ara’ meminta bayaran parkir sebanyak RM15 bagi setiap kereta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI